Gugur Tajuddin: Tidak wujud krisis dalaman Umno – Mahdzir Khalid

PENGGUGURAN Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman daripada ahli Majlis Tertinggi Umno tidak menggambarkan wujudnya krisis dalaman parti itu.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Umno tidak menghadapi sebarang krisis dalaman ketika ini dan menafikan wujudnya puak tertentu di dalam parti itu.

“Tidak ada apa-apa krisis, kalau nak krisis, ia akan jadi puak, jadi pasukan, itu baru lah krisis, ini tidak jadi puak apa-apa pun,” katanya kepada media selepas menyampaikan skrol diploma dan sijil kepada 648 graduan Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) pada Majlis Konvokesyen Kolej KETENGAH Ke-3, di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu, (UMT), hari ini.

Datuk Seri Mahdzir Khalid hadir pada majlis penyampaian skrol diploma dan sijil kepada 648 graduan Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) pada Majlis Konvokesyen Kolej KETENGAH Ke-3, di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu, (UMT), hari ini.

Khamis lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mengumumkan Tajuddin digugurkan daripada ahli MT menerusi satu surat bertarikh 21 Jun.

Jawatan tersebut telah diganti oleh bekas Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil yang telah mengangkat sumpah pada Jumaat.

Susulan itu, pelbagai spekulasi timbul termasuk yang mengaitkan wujudnya perpecahan dalam kalangan pucuk pimpinan Umno. -Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights