Mohon keluar asnaf setelah keluar simpanan KWSP

Mohon keluar asnaf setelah keluar simpanan KWSP

SEORANG asnaf telah menghubungi pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) kerana mahu bantuan yang diterimanya disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Berkongsi mengenainya, LZS turut berkongsi surat ditulis insan tersebut yang nekad keluar dari asnaf dengan kemampuan yang ada pada dirinya ketika ini.

“Ustaz, saya nak mohon untuk keluar asnaf. Berilah bantuan pada yang lebih memerlukan. Terima kasih Lembaga Zakat Selangor yang membantu saya sekeluarga,” kata insan tersebut yang dikongsi di Facebook LZS hari ini

Menurut LZS, asnaf tersebut menyatakan hasratnya untuk keluar dari asnaf setelah mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) genap usia 55 tahun.

“Walaupun masih menyara anak yang belajar, beliau tekad dengan kemampuan yang ada, untuk keluar dari asnaf. 

“Begitulah, kesedaran serta kejujuran amat penting kerana wang zakat yang disalurkan ini, bukan sewenang-wenangnya untuk diagihkan.

“Kita berpandukan kepada Al-Quran, hanya lapan golongan yang berhak untuk menerima wang zakat ini iaitu golongan fakir, miskin, amil, muallaf, gharimin, riqab, fisabilillah dan ibnu sabil. Tiada kurang, tiada tambah,” katanya. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

Komen