Pastikan subsidi minyak masak sampai ke golongan sasar – Ahmad Zahid

ASPEK penguatkuasaan mengenai penjualan dan pembelian minyak masak peket bersubsidi perlu diperkasakan serta merta bagi mengekang ketirisan dalam memastikan manfaat untuk golongan sasar tidak boleh dikompromi.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menggesa agar kementerian yang bertanggungjawab memastikan bekalan minyak masak peket bersubsidi di pasaran mencukupi dan penjualannya.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberi penjelasan bahawa kerajaan tidak memansuhkan subsidi minyak masak yang dilaksanakan sejak tahun 2007.

“Subsidi minyak masak berpeket untuk golongan berpendapatan rendah masih dikekalkan malah dengan peruntukan RM4 bilion.

“Peruntukan subsidi RM4 bilion itu jauh lebih tinggi berbanding RM500 juta yang diperuntukkan pada 2020 serta RM2.2 bilion pada 2021,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata, walaupun subsidi tidak dimansuhkan masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat mengenai keberadaan minyak masak berpeket yang mencukupi di pasaran dan diambil kesempatan dibeli oleh bukan golongan sasar.

“Dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi, sebarang ketirisan dalam memastikan manfaat untuk golongan sasar tidak boleh dikompromi.

“Kementerian berkaitan perlu memastikan bekalan minyak masak peket bersubsidi di pasaran mencukupi dan penjualannya menepati sasaran,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights