Tajuddin dedah Ahli Parlimen Umno tandatangan SD sokong Anwar jadi PM

Tajuddin dedah Ahli Parlimen Umno tandatangan SD sokong Anwar jadi PM

BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan wujud akuan bersumpah (SD) daripada Ahli Parlimen Umno bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Tajuddin berkata, beliau sendiri menjadi saksi dan turut menolak usaha gerakan berkenaan.

“Jajaran baru, saya (menjadi) saksi hidup, tak usah nafi memang ada SD ditandatangan hendak sokong Anwar jadi Perdana Menteri dan ada surat dihantar pada istana,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Baru-baru ini, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Tajuddin digugurkan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno disebabkan sikap beliau yang mengkritik parti.

Ahmad Zahid berkata, kritikan itu dibuat Tajuddin yang juga Duta Besar Malaysia ke Indonesia menerusi kenyataan, ucapan dan ceramah dalam mesyuarat-mesyuarat tertutup yang dihadirinya.

Mengulas mengenai pelucutan jawatan daripada MKT Umno itu, Tajuddin berkata sebagai ahli MKT yang dilantik, beliau menerima keputusan Ahmad Zahid itu dengan hati terbuka. -Malaysiapost

Komen