Tak guna menang PRU15 jika negara terus mundur – Kit Siang

KEMENANGAN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak berguna sekiranya Malaysia terus mundur dan ketinggalan semakin jauh dari negara lain, kata Veteran DAP, Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, berkata persoalan siapa bakal menang pilihan raya akan datang bukan perkara penting, tetapi persoalan utama adakah Malaysia akan terus menjadi sebuah kleptokrasi yang lebih teruk.

“Kluster mahkamah mahukan pilihan raya umum diadakan sekarang, sebelum mana-mana ahlinya dihantar ke Penjara Sungai Buloh atas sabitan rasuah dan salah guna kuasa.

“Namun persoalan yang paling utama hari ini adalah bukan mengenai siapa yang akan menang dalam pilihan raya, sebaliknya mengenai sama ada Malaysia akan menjadi sebuah negara gagal sebelum ulang tahun ke-seratus empat dekad dari sekarang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dalam tempoh setengah abad yang lalu, Malaysia ditinggalkan di belakang Taiwan, Korea Selatan, Singapura, Hong Kong dan Vietnam.

“Adakah kita akan ditinggalkan di belakang China dan Indonesia sebelum penghujung dekad ini dalam penerbitan tahunan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI)?

“Adakah kita akan ditinggalkan dengan lebih banyak negara dari segi pembangunan ekonomi, mungkin kepada Indonesia dan Filipina, menjelang 2040 atau 2050 – jauh sebelum ulang tahun ke-100 Malaysia?

Kit Siang berkata, Malaysia kini berhadapan dengan sindrom penafian, sehingga ada pemimpin yang cuba menafikan yang Malaysia telah menjadi sebuah kleptokrasi. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights