TNB tak lagi bina stesen janakuasa guna arang batu

TENAGA Nasional Berhad (TNB) tidak lagi akan membina stesen janakuasa baharu menggunakan arang batu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ini selaras dengan sasaran kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara ‘Net Zero Carbon Emissions’ pada tahun 2050,” kata Perdana Menteri menerusi perkongsian di Facebooknya.

Pagi tadi beliau bertemu pengurusan tertinggi TNB dan mendengar taklimat mengenai perancangan masa depan dalam tenaga hijau.

Mac lalu, Perdana Menteri dilaporkan berkata Malaysia tidak lagi membina loji janakuasa arang batu yang baharu bagi memberi tumpuan kepada penjanaan elektrik yang lebih bersih dan mesra alam.

Menurutnya, Katanya, ia akan membolehkan Malaysia menjadi negara neutral karbon seawal tahun 2050. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights