SEORANG lelaki dirakam melakukan perbuatan lucah dengan ‘menayangkan’ kemaluannya kepada seorang pekerja wanita sebuah kedai runcit dan turut beronani di dalam premis berkenaan.
Perbuatan itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis perniagaan terbabit yang dikatakan sebuah kedai runcit di Kuala Perlis dan rakamannya kini tular di media sosial.
Berdasarkan rakaman video berkenaan, kejadian berlaku jam 12.57 tengah hari pada 24 Jun lalu.
Video berdurasi seminit 16 saat itu, memaparkan lelaki berkenaan yang memakai topi dan pelitup muka, beronani di dalam kedai terbabit sebelum menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita dipercayai pekerja kedai berkenaan.

Wanita terbabit yang pada awalnya dilihat menyerahkan sesuatu kepada lelaki terbabit, kemudian terkejut apabila menyedari perbuatan tidak senonoh lelaki berkenaan dan segera beredar.
Lelaki terbabit kemudian dilihat keluar dari kedai selepas menyedari terdapat individu lain dalam premis berkenaan. – Malaysiapost
Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik