Pandelela raih gangsa di Kejohanan Dunia 2022, Budapest

Pandelela raih gangsa di Kejohanan Dunia 2022, Budapest

RATU terjun negara, Datuk Pandelela Rinong meraih pingat gangsa dalam acara 10 meter (m) platform wanita Kejohanan Dunia 2022 di Budapest, Hungary, awal pagi tadi.

Dalam aksi final yang berlangsung di Arena Duna, Budapest, penerjun negara berusia 29 tahun itu berjaya mengumpul 338.85 mata bagi keseluruhan lima terjunan.

Pingat emas dan perak pula diungguli penerjun China, Chen Yuxi dan Quan Hongchan.

Chen Yuxi, 16, mengumpul 417.25 mata melalui beberapa terjunan sempurna untuk meraih emas, manakala rakan senegara Quan Hongchan, 15, dikedudukan perak dengan kutipan 416.95 mata.

Kejayaan kali ini menyaksikan Pandelela menyamai pencapaiannya pada Kejohanan Dunia 2015 di Kazan, Rusia dan memperbaiki kedudukan kelima yang diraih di Gwangju, Korea Selatan pada 2019

Pada aksi final yang berlangsung di Arena Duna, penerjun berusia 29 tahun itu mengumpul 338.85 mata dalam keseluruhan lima terjunan untuk memastikan kedudukan podium dalam genggamannya.

Atlet kelahiran Sarawak itu akan turun beraksi dalam acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Nur Dhabitah Sabri Khamis ini. – Malaysiapost

Komen