PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyertai Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Pasir Salak, hujung minggu ini.
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan pemilihan Pasir Salak sebagai hos program tersebut sebagai amat istimewa.
“Di negeri lain, jelajah ini dijalankan di ibu negeri. Perak lain. Kita buat di Pasir Salak. Pasir Salak istimewa,” katanya pada program Selamat Pagi Malaysia di TV1 pagi tadi untuk mempromosikan acara tersebut, lapor BBC Portal.
Acara selama tiga hari itu akan berlangsung di Litar Dato Sagor dari 9 pagi hingga 6 petang. – Malaysiapost