‘Siapa tak takut, asyik kena kencing formula songsang’ – Najib

‘Siapa tak takut, asyik kena kencing formula songsang’ – Najib

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam nada menyindir mengakui Umno ‘takut’ dengan formula yang dibentang Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Pekan itu, berkata bukan sahaja Umno sesiapa sahaja pasti akan berasa takut kerana sering menjadi mangsa ‘dikencing’ oleh formula songsang Rafizi.

“Ye lah tu. Siapa tak takut berulang kali terkena kencing oleh formula-formula songsang?,” katanya dalam hantaran ringkas di Facebook.

Semalam, Rafizi mendakwa tindakan beberapa pemimpin Umno mengkritik ‘formula’ yang dibentangkannya berhubung krisis bekalan makanan tidak sedikit pun menggentarkannya.

Sebaliknya, beliau menganggap pemimpin Umno hanya tahu mengkritik dan tidak boleh menerima jalan penyelesaian yang diutarakannya.

“Setiap kali saya bersuara, satu-satunya jawapan yang datang dari pimpinan Umno ialah kononnya saya hanya tahu membentangkan formula-formula.

“Apabila mereka cukup takut dengan ‘formula-formula’ saya sehinggakan beberapa pimpinan mereka bersuara serentak setiap kali saya mengutarakan idea penyelesaian, itu maknanya mereka mengakui bahawa mereka tandus idea untuk mentadbir negara,” katanya. – Malaysiapost

Komen