‘Terbukti wujud pakatan sulit Zahid, Anwar untuk jatuhkan kerajaan PN’

‘Terbukti wujud pakatan sulit Zahid, Anwar untuk jatuhkan kerajaan PN’

PENDEDAHAN Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam mengesahkan wujudnya pakatan sulit antara Presiden Umno dan PKR untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terdahulu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Bersatu, Dr Afif Bahardin mendesak Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi justifikasi mengenai kesediaan beliau mendapatkan sokongan kluster mahkamah untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau juga meminta Anwar tampil menjelaskan apakah yang beliau janjikan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ‘kluster mahkamah’ bagi memenuhi obsesi untuk bergelar Perdana Menteri.

“Hipokrasi politikus PKR dan DAP juga cukup memualkan apabila tanpa segan menyelar ahli politik PN dengan pelbagai panggilan.

“Tetapi diam seribu bahasa apabila terbukti Presiden PKR sendiri sanggup menerima sokongan Ahli Parlimen dari kluster mahkamah,” katanya.

Semalam Tajuddin mendedahkan, memang wujud akuan bersumpah (SD) dalam kalangan Ahli Parlimen Umno yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Menurut beliau, pendedahan itu dilakukannya sebagai saksi hidup berikutan Ahmad Zahid tidak mendedahkannya kepada akar umbi. – Malaysiapost

Kredit Foto: Dr. Afif Bahardin

Komen