Zahid berani, tak berganjak walau diugut – Puteri Umno 

Zahid berani, tak berganjak walau diugut – Puteri Umno 

KETUA Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan menyifatkan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai pemimpin yang berani, malah tidak berganjak apabila diugut. 

Ia susulan kes mahkamah dihadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang kini pada peringkat membela diri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 

Zahida turut berkongsi gambarnya di mahkamah bersama Ahmad Zahid bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk tersebut. 

“Tidak lari apabila diugut, berani berhadapan lalui proses keadilan. Tidak berganjak, terus lawan satu demi satu pertuduhan politik. 

“Semoga Presiden kita Ds Dr Ahmad Zahid Hamidi terus kuat demi parti,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. 

Ahmad Zahid membela diri terhadap 47 pertuduhan, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. – Malaysiapost

Komen