4 kematian akibat Covid-19 semalam
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan empat kematian baharu akibat Covid-19 semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,758 sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, satu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Pada masa sama, sebanyak 27,747 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Selain itu, seramai 26,541 individu atau 95.7 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 14 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,155 kes pula dirawat di hospital dan 37 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 18 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 19 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost