UMAT Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada Ahad, 10 Julai ini susulan tarikh 1 Zulhijjah 1443 jatuh pada Jumaat ini.
Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman mengumumkan denikian selepas aktiviti cerapan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, petang tadi.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1443 Hijrah ialah pada Jumaat, 1 Julai 2022.
“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 10 Julai 2022,” katanya. – Malaysiapost