Terbuka Malaysia: Zii Jia mudah ke pusingan kedua

Terbuka Malaysia: Zii Jia mudah ke pusingan kedua

PEMAIN perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia, sebentar tadi.

Pemain nombor lima dunia itu menewaskan wakil Ireland, Nhat Nguyen 21-15, 21-11 dalam pusingan pertama di Arena Axiata Bukit Jalil.

Kemenangan itu bakal menyaksikan Zii Jia berdepan pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito untuk merebut tempat ke suku akhir, esok.

Terdahulu dua kejohanan terakhir Zii Jia sebelum ini di Jakarta menyaksikan dia mara sehingga suku akhir Masters Indonesia sebelum terkandas di separuh akhir Terbuka Indonesia.

Bulan lalu, Zii Jia meraih dua gelaran apabila menjuarai Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila dan Terbuka Thailand di Bangkok. – Malaysiapost

Komen