Ahmad Zahid tetap hadir ke mahkamah walaupun cuti sakit

Ahmad Zahid tetap hadir ke mahkamah walaupun cuti sakit

Nahar Tajri

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tetap hadir ke mahkamah, hari ini walaupun mendapat pelepasan cuti sakit dari pihak hospital semalam.

Presiden Umno itu hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada kira jam 9.20 pagi.

Dalam pemeriksaan diperingkat pembelaan beliau sekali lagi diasak berkenaan kes membabitkan dana TF Consultancies berhubung percetakan Al Quran yang didakwa Zahid sebelum ini.

Pendakwa Raya, Raja Rozila Raja Toran, mengasak Ahmad Zahid dengan soalan bahawa dana yang dikeluarkan oleh Yayasan Akal Budi (YAB) tidak pernah didaftarkan untuk urusan cetakan Al Quran.

Ahmad Zahid menjawab bahawa urusan daftar pengundi juga tidak pernah didaftarkan.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dilihat terus konsisten dengan jawapan terhadap asakan pendakwaan walaupun kelihatan letih.

Beliau juga sempat bertelagah mengenai konsep perbankan Islam yang dilihat kurang difahami oleh Raja Rozila. – Malaysiapost

Komen