Arab Saudi sambut Aidiladha 9 Julai

Arab Saudi sambut Aidiladha 9 Julai

KERAJAAN Arab Saudi mengumumkan Hari Arafah, kemuncak ibadah Haji umat Islam jatuh pada 8 Julai ini.

Manakala, Aidiladha di Arab Saudi akan disambut pada Sabtu, 9 Julai.

Menurut kenyataan Mahkamah Agung Arab Saudi, memaklumkan pengumuman itu dibuat selepas anak bulan Zulhijjah dilihat di balai cerap Tamir, pada petang Rabu, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Hari Arafah atau Hari Wukuf merupakan kemuncak ibadah haji dan pada tahun ini.

Dianggarkan sejuta jemaah haji dari seluruh dunia akan berhimpun di kawasan bukit berbatu yang dikenali sebagai Bukit Arafah dan kawasan lapang sekitarnya, bermula terbit fajar 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar hari berikutnya.

Tahun ini menyaksikan seramai 14,306 jemaah haji Malaysia berhimpun untuk berdoa dan memohon keampunan Allah SWT di Bukit Arafah, kira-kira 22 kilometer dari Mekah. – Malaysiapost

Komen