Bubar Umno: Mahathir mudah lupa, kata Najib

Bubar Umno: Mahathir mudah lupa, kata Najib

DATUK Seri Najib Razak menunjukkan bukti kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa bekas Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) itu pernah meminta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membubarkan Umno.

Dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini, Najib menjawab laporan berita yang mana Mahathir meminta bukti daripada Ahmad Zahid bahawa dia ada meminta supaya Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berbuat demikian.

“Mana bukti saya suruh bubar Umno, Dr M soal Zahid hari ini.

“Uhmmm. Ini buktinya,” tulis Najib yang juga bekas Perdana Menteri dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Najib turut memuat naik dua artikel termasuk membabitkan kenyataan Mahathir yang meminta Ahmad Zahid membubarkan Umno.

“Mahathir mudah lupa,” tambah Najib lagi.

Terdahulu Astro Awani melaporkan
Mahathir mencabar Ahmad Zahid untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan yang mengatakan bekas Perdana Menteri itu memintanya untuk membubarkan Umno.

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno sentiasa ‘membuka’ bermacam-macam cerita termasuk berkait dengan dirinya namun tiada sebarang bukti didedahkan.

“Apa bukti dia, yang (mengatakan) saya kata macam itu (memintanya untuk membubarkan Umno), dia boleh cerita macam-macam, (tetapi) benda kita (yang) bercakap (itu perlu) ditunjuk bukti (mengapa) kita bercakap macam itu,” kata Mahathir.- Malaysiapost

Komen