Polis kesan pemandu Honda City tular, masuk lorong motosikal

Polis kesan pemandu Honda City tular, masuk lorong motosikal

POLIS sedang mengesan seorng pemandu Honda City yang tular memandu di lorong motosikal di Kilometer (KM) 34.1 Lebuh Raya Persekutuan arah Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, kenderaan yang terbabit adalah sebuah kereta Honda City dengan nombor pendaftaran VAG 8183.

“Dalam kejadian itu tidak membabitkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya.

“Polis meminta pemilik atau pemandu kereta dan mana-mana saksi tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat boleh ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat trafik, Sarjan Ahmad Termizi Abdul Halim di talian 0133752511. – Malaysiapost

Komen