Saksi perbicaraan kes bunuh dikehendaki

Saksi perbicaraan kes bunuh dikehendaki

SEORANG saksi penting perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi Shah Alam dikehendaki hadir ke mahkamah pada Julai ini.

Syed Masri Tuan Mansor, 45, dikehendaki hadir ke mahkamah bersabit kes Sungai Way pada 2018.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata saksi perbicaraan kes Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu kini sedang dikesan pihaknya.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya memohon kerjasama orang ramai yang mengenali Syed Masri Tuan Mansor yang bernombor kad pengenalan 770405-03-6097 agar memberitahu penama bahawa beliau adalah saksi penting perbicaraan kes Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

“Saksi diminta untuk hadir di mahkamah pada 1,6,7,8 dan 18 Julai 2022,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sebarang maklumat orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Ahmad Marzuqi Ibrahim di talian 013-2222566. – Malaysiapost

Komen