Tiga maut Myvi bertembung treler

Tiga maut Myvi bertembung treler

TIGA individu maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kereta dan treler di depan Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, Petaling Jaya, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, kesemua yang maut membabitkan penumpang kereta termasuk pemandu.

Mereka yang maut iaitu B Janani Sri, 25, PS Thamilselvam, 25, dan PS Sasitaran, 18.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 4.30 pagi.

Katanya, sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Perodua Myvi dan treler yang dipercayai berlanggar secara berhadapan.

“Perodua Myvi dalam perjalanan dari Rawang ke Serendah, manakala treler dari arah bertentangan.

“Punca kemalangan masih dalam siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norazam berkata, pihaknya mengeluarkan mangsa tersepit dan pasukan perubatan yang melakukan pemeriksaan mengesahkan semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala pemandu treler berusia 39 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya. – Malaysiapost

Komen