Bukan saya edit Mat Kilau jadi Mat Maslan 

Bukan saya edit Mat Kilau jadi Mat Maslan 

AHLI Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan beliau individu yang bertanggungjawab mengubah suai gambar wajah pelakon Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan kepada gambarnya. 

Sebaliknya menurut Setiausaha Agung Umno itu, beliau tidak tahu siapa yang mengubah suai wajah Datuk Adi Putra kepada wajahnya pada poster filem pecah panggung berkenaan. 

“MatKilau diedit (diubah suai) jadi Mat Maslan. Mengedit ini entah kerja siapa. Saya post di sini untuk menafikan bukan saya yang edit. 

“Apa pun, saya dah tonton Mat Kilau dengan keluarga. Filem sejarah Melayu yang paling hebat. Satu lagi ialah filem HangTuah lakonan P Ramlee (yang berwarna) juga hebat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

Komen