Netflix ok takpa, tapi janganlah rasuah pun ok, sindir Mat Sabu

Netflix ok takpa, tapi janganlah rasuah pun ok, sindir Mat Sabu

PRESIDEN Amanah, Mohamad Sabu menyindir Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung isu panggung wayang di Kelantan.

Walaupun tidak menyebut nama, namun ia dipercayai ditujukan kepada Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Ia susulan kenyataan Mohd Amar bahawa kerajaan negeri itu tidak akan menarik balik pengharaman pawagam di negeri itu memandangkan tiada permintaan dalam kalangan rakyatnya.

Pada masa sama, Mohd Amar dilaporkan berkata penduduk Kelantan masih boleh menonton filem-filem menarik di saluran antarabangsa seperti Netflix.

Sehubungan itu Mohamad Sabu berkata tidak mengapa jika PAS membenarkan tontonan di Netflix, namun pada masa sama mestilah tidak menyokong amalan rasuah.

“Netflix ok takpa, tapi janganlah rasuah pun ok,” sindir Ahli Parlimen Kota Raja itu menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

Komen