Covid-19: 5 kematian, 2,605 kes positif dicatat semalam

SEBANYAK 2,605 kes positif baharu Covid-19 direkodkan semalam termasuk tiga kes import.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, lima kematian direkodkan semalam dengan satu kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) direkodkan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,763 orang daripada lebih 4.5 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Selain itu, sejumlah 28,714 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara dengan sejumlah 27,465 pesakit kuarantin di rumah, 1,187 menerima rawatan di hospital, dan 22 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Manakala, 40 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 24 kes daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 1,633 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,498,711. -Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights