Pemilihan Umno: ROS perlu buat keputusan selewatnya 16 Julai – PM

JABATAN Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mempunyai masa sehingga 16 Julai ini untuk meluluskan pindaan perlembagaan Umno bagi menangguhkan pemilihan parti berkenaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Belum dapat lagi (maklum balas). Ia dalam masa 60 hari… kalau tak silap saya sehingga 16 Julai ini. Jadi sebelum itu masih menunggu lagi,” katanya seperti dilapor MalaysiaKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kali ke-42 di Universiti Malaya (UM).

Ismail yang merupakan Naib Presiden Umno, ditanya sama ada ROS telah meluluskan permohonan untuk meminda perlembagaan bagi menangguhkan pemilihan parti itu sehingga selepas pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, media melaporkan
Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menyatakan parti itu tidak mendapat sebarang maklum balas daripada ROS sejak 17 Mei apabila notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan.

“Tidak adil ROS bertindak begini. Beri kami jawapan daripada membuat kami tertunggu-tunggu begini. Jika ya, terima kasih banyak-banyak.

“Jika tidak, terima kasih juga. Kami kemudian boleh membuat persiapan untuk mengadakan pemilihan parti kami. ROS mesti menjawab atau mungkin perlu mendapatkan perintah mahkamah,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights