Raja Ilya tidak percaya bergelar ibu, selamat lahirkan bayi perempuan
PELAKON Raja Ilya selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Australia, semalam.
Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raha Mohammad, 37, berkongsi berita gembira itu di laman Instagram, turut memaklumkan bayi perempuan mereka diberi nama Talita Love.
“Syukur bayi perempuan kami selamat dilahirkan. Saya merasai satu keajaiban, detik magis melahirkan Talita Love,” katanya.
Pelakon yang menetap di Perth, Australia itu bagaikan tidak percaya telah bergelar ibu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama suami, Trent Garret.
Katanya, dia dan suami tidak sabar untuk membawa pulang bayi mereka ke Malaysia tahun hadapan.
“Saya menangis menyambut kelahiran anak kami. Masih rasa terkejut bergelar ibu. Saya merasai satu keajaiban, detik magis melahirkan Talita Love.
“Tidak sabar rasanya hendak balik Malaysia bersama bayi kami tahun hadapan,” katanya.
Ilya juga memberitahu, dia dan suami telah membuka akaun Instagram untuk Talita. – Malaysiapost
Kunjungi bahagian Hiburan untuk baca cerita yang terkini dan menarik