4 produk komestik dikesan mengandungi racun berjadual

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) membatalkan notifikasi empat produk komestik yang dikesan mengandungi racun berjadual merkuri, hydroquinone dan tretinion.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hihsam Abdullah, berkata kamdungan racun dalam produk komestik berkenaan di kesan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Menurutnya, empat produk berkenaan adalah Biela Beauty Glowing Night Cream yang dikesan mengandungi merkuri; BL Skincare Day Cream 1, mengandungi hydroquinone dan tretinion; BL Skincare Day Cream 2, mengandungi merkuri; dan BL Skincare Night Cream yang turut dikesan mengandungi merkuri.

“Orang awam digesa untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk komestik tersebut kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

“Susulan itu, notifikasi produk komestik terbabit telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, hydroquinone dan tretinion adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat Ahli professional kesihatan.

Beliau berkata, penggunaan produk mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan sampingan pada kulit seperti kemerahan, hipersensitif, mengurangkan perlindungan kulit daripada Sinar UV dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

“Merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana memudaratkan kesihatan yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf.

“Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri turut boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya.

Dr Noor Hihsam memberi peringatan kepada penjual dan pengedar produk-produk komestik berkenaan supaya menghentikan penjualan serta merta.

“Penjualan dan pengedaran produk-produk komestik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan ini boleh dihukum denda tidak lebih RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

Menurutnya, orang awam yang sedang menggunakan produk komestik berkenaan dinasihatkan untuk segera menghentikannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli professional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan. – Malaysiapost 

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights