Melabel ahli kepada jenis tertentu bukti sikap berpuak-puak – Annuar Musa

TINDAKAN melabelkan ahli parti kepada jenis-jenis tertentu dilihat akan hanya melemahkan parti dan membuktikan sikap berpuak-puak yang tidak menguntungkan, tegas Ketua Umno Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, parti yang mahu di percayai rakyat perlu berkeupayaan menyatupadukan rakyat dan bukan memecahbelahkan rakyat.

“Perbuatan melebelkan sesama sendiri, dan percubaan membahagi bahagikan ahli parti kepada jenis jenis tertentu akan hanya melemahkan parti, dan membuktikan sikap berpuak puak yang tidak menguntungkan parti.

“Yang lebih merbahaya ialah percubaan menguasai parti demi kepentingan dan agenda peribadi atau kelompok dan membiarkan parti kehilangan sokongan rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tanpa menyebut mana-mana pihak, beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak mengenai empat jenis pemimpin dalam gabungan itu.

Najib ketika berucap pada Konvensyen BN Sabah baru-baru ini, berkata terdapat empat jenis orang dalam BN.

Jenis yang pertama ialah “katak” atau mereka yang membelot; kedua ialah mereka yang “bersembunyi dalam gua” atau tidak hadir; ketiga terdiri daripada individu yang menyokong Bersatu; dan yang keempat adalah mereka yang setia kepada parti.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, pula mendakwa kini telah ada kluster ‘saksi hidup’ dalam Umno.

Menurutnya, kluster terbabit adalah apa yang dimaksudkan sebagai ‘jurucakap’ Bersatu oleh Najib di Konvensyen BN Sabah,

Katanya, mereka adalah yang masih bersama dalam Umno tetapi bercakap seperti mereka orang Bersatu. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights