PELAKON Nelydia Senrose bersyukur berpeluang menunaikan ibadah haji bersama suami Mohd Hafez Halimi pada tahun ini.
Berita tersebut dikongsi Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 28, menerusi hantaran di Instagram.
“Saya dan suami dengan penuh rasa kesyukuran, gembira dan tawaduk di atas kebesaran sang pencipta yang Maha Pengasih dan mengasihani yang mengizinkan kami menjadi tetamu Allah bagi menunaikan haji.
“Ini adalah anugerah Allah yang Maha Agung buat kami berdua. Segala yang saya hajatkan. Semua yang saya impikan.
“Apa yang saya bayangkan, tidak akan terlawan dengan anugerah dari-Nya ini, yang tidak akan mungkin saya dustakan sehingga ke akhir hayat,” tulisnya dalam hantaran itu.
Dalam hantaran sama, Nelydia dengan rendah hati memohon agar mendoakan perjalanan urusan ibadah hajinya dipermudahkan.
“Segala salah dan silap, terkasar bahasa yang disedari mahupun yang tanpa sengaja, terlepas pandang selama ini. Halalkan makan minum kami
“Saya mohon dapat dititipkan doa buat saya dan suami agar selamat pergi dan balik. Dipermudahkan segala urusan dengan izinya-Nya mendapat haji mabrur,” katanya. – Malaysiapost