Musim durian tiba, harga kini lebih ‘mampu milik’

Musim durian tiba, harga kini lebih ‘mampu milik’

BAGI pengemar raja buah, ‘musim durian’ adalah masa yang ditunggu-tunggu untuk menikmati keenakan buah bermusim berkenaan.

Tinjauan Malaysiapost di sebuah gerai di Seksyen 4 Bangi, Selangor, mendapati harga durian kini dijual lebih rendah berbanding musim yang lepas termasuk daripada varieti premium.

Difahamkan, hasil pengeluaran meningkat musim ini, menyebabkan durian varieti Musang King, D24 dan D101 boleh didapati pada harga RM20 sekilogram (Kg).

Sementara, durian biasa dan kampung dijual serendah RM10 hingga RM13 sekilogram.

Penurunan harga ini sekali gus menyebabkan orang ramai khususnya penggemar raja buah lebih berkemampuan membeli untuk musim kali ini. – Malaysiapost

Komen