Pemikiran Wan Saiful setaraf Ungku Aziz

Pemikiran Wan Saiful setaraf Ungku Aziz

PEMIKIRAN Datuk Wan Saiful Wan Jan setaraf dengan tokoh ekonomi negara, Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, kata Ketua Armada Bersatu Puchong, Fahmi Muhsin Ismail.

Fahmi Muhsin berkata, kecenderungan itu dapat dilihat menerusi peranan kedua-dua pemimpin berkenaan yang berusaha untuk mewujudkan pendidikan percuma kepada anak bangsa.

“Kerisauan Datuk Wan Saiful merujuk kepada kenyataannya baru-baru ini menunjukkan beliau cakna terhadap masa depan negara khususnya melibatkan sistem pendidikan Negara.

“Kerisauan beliau apabila PTPTN meminjam dari pasaran kewangan pada kadar faedah yang tinggi untuk memberi pinjaman kepada pelajar dengan kadar faedah yang rendah sebelum ini mungkin tidak akan berjaya selainnya PTPTN terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, keadaan itu sekali gus akan membuatkan ibu bapa dan waris terpaksa menggadai harta pusaka dan harta mereka untuk memberi pendidikan kepada anak masing-masing.

Katanya, ini kerana mereka tidak mahu anak-anak terbeban dengan hutang PTPTN kelak, kerisauan yang sama yang pernah dibangkitkan oleh Ungku Aziz dalam mewujudkan Tabung Haji.

“Selainnya PTPTN hanya memberi pinjaman kepada pendidikan di dalam institusi dalam negara semata-mata. Bagi mereka yang melanjutkan pengajian di luar negara bagaimana dengan nasib mereka, kita melihat ada diantara mereka terpaksa mengemis demi untuk hajat menyambung pengajian,” katanya.

Justeru, beliau berkata, kerisauan itu diterjemahkan Wan Saiful dengan pemikiran untuk memperkasakan dan mendoktrinkan amalan menabung di kalangan masyarakat khususnya tabung pendidikan.

“Pelbagai usaha dibuat oleh Datuk Wan Saiful antaranya program CSR pemberian zakat PTPTN kepada golongan sasar sebagai permulaan untuk mereka menabung di dalam SSPN-i.

“Selain menawarkan insentif lain seperti perlepasan cukai dan geran padanan SSPN-i turut memberi pulangan faedah yang lebih tinggi kepada pendeposit.

“Mereka hanya perlu menabung serendah RM50 sebulan dan PTPTN akan menggandakan tabungan mereka dimasa hadapan,” katanya.

Fahmi berkata,usaha dilaksanakan itu akan memberi kesan dalam 10 hingga 20 tahun akan datang di mana ibu bapa dan waris tidak perlu lagi menggadaikan harta, mengemis atau risau dengan beban hutang PTPTN.

“(Ketika itu) negara kita mampu mewujudkan pendidikan percuma kepada semua institusi samada dalam dan luar negara,” katanya.

Semalam, Wan Saiful yang juga bekas Pengerusi PTPTN berharap perbadanan itu tidak dijadikan bahan politik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Wan Saiful yang tamat kontraknya sebagai Pengerusi PTPTN pada 17 Jun lalu berkata, PTPTN tidak wajar dijadikan bahan politik yang boleh mencetuskan satu lagi skandal mirip 1MDB. – Malaysiapost

2 Comments

  • Bruce

    Apa yg ko meghepek nie seetaaan 🤣😂🤣😂🤣

  • PM

    Si Wan Saipol penulis kitab Manifesto air kencing Pakatan Harapan Laknatullah tu Ker yang dikatakan bagus sangat tu. Hahaha

Komen