Kenapa Tun M arah Tommy jawab surat tuntutan waris Sulu? – Apandi Ali

Kenapa Tun M arah Tommy jawab surat tuntutan waris Sulu? – Apandi Ali

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mempersoalkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed yang mengarahkan Tan Sri Tommy Thomas menjawab surat waris Sultan Sulu sehingga ia menjadi asas kepada tuntutan yang berlaku hari ini.

Beliau berkata, surat tuntutan itu dijawab Tommy yang juga bekas Peguam Negara ketika pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PN) bertarikh 9 September 2019.

“Kenapa AG (Peguam Negara) pada zaman Mahathir, iaitu TT (Tommy Thomas), telah diarah untuk menjawab surat tuntutan ke atas Sabah oleh pewaris Kesultanan Sulu.

“… yang mana surat bertarikh 19hb September 2019 itu, telah menjadi asas tuntutan mereka di Sepanyol dan dikuatkuasakan di Perancis?,” katanya menerusi Facebook.

Perkara itu dinyatakan Mohamed Apandi sebagai satu daripada empat persoalan daripadanya yang menuntut penjelasan Dr Mahathir.

Selain itu, Mohd Apandi juga turut meminta Dr Mahathir menjelaskan mengapa tuntutan kes Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ditarik balik pada Mei 2018.

“(Iaitu) dua minggu sebelum tarikh bicara di The Hague? (Masa itu Kabinet belum lagi wujud dan penarikan tuntutan itu dibuat tanpa sebarang rujukan/keputusan Kabinet?),” katanya.

Dalam hantaran sama, Mohamed Apandi juga menuntut penjelasan lanjut Dr Mahathir berhubung tindakan Kerajaan Malaysia membuat penyelesaian secara persetujuan di atas kes pemecatan yang tidak sah terhadap dirinya sebagai Peguam Negara.

“Ini adalah suatu pengakuan bahawa tindak-tanduk Mahathir secara arbitrari adalah salah dari segi tatacara/perundangan.

“(Soalan terakhir) dalam dunia ini, mana lagi ada seorang Perdana Menteri yang mana anak-anak mereka menjadi jutawan?,” katanya.

Pada 28 Februari lalu, agensi berita Sepanyol melaporkan, Dr Stampa yang juga penimbang tara Sepanyol mengarahkan Malaysia membayar pampasan kepada pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.

Malah, Malaysia didakwa tidak membayar wang pemisah sejak 2013 dan dikatakan melanggar Perjanjian 1987 yang ditandatangani Sultan Jamal Al-Alam, Baron De Overbeck dan Alfred Dent mewakili syarikat British Utara Borneo.

Isnin lalu, Dewan Rakyat kecoh selepas Ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati mengenai usul berhubung tuntutan waris Sultan Sulu ke atas Sabah ditolak sebanyak tiga kali oleh Yang Dipertua, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Mohamed Apandi turut mempersoalkan isu tuntutan kes batu Puteh yang ditarik balik pada Mei 2018.

“Kenapa tuntutan kes Batu Puteh diICJ di tarik balik, pada Mei 2018, dua minggu sebelum tarikh bicara di The Hague? (Masa itu Kabinet belum lagi wujud dan penarikan tuntutan itu dibuat tanpa sebarang rujukan/keputusan Kabinet?,” katanya. – Malaysiapost

Komen