Roslan Ariffin dilantik jadi CEO baharu BERNAMA

Roslan Ariffin dilantik jadi CEO baharu BERNAMA

PERTUBUHAN Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) melantik Roslan Ariffin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata pelantikan Roslan adalah bagi menggantikan Datuk Mokhtar Hussain yang tamat tempoh kontrak pada 19 Februari lalu.

“Saya yakin dengan kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki oleh beliau, pelantikan ini akan terus memacu kecemerlangan dan memberi suntikan baharu kepada BERNAMA khususnya dalam menerajui perkembangan industri kewartawanan di negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Roslan memangku jawatan CEO sejak 21 Mac 2022, merupakan graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda bidang Komunikasi telah memulakan karier beliau di Bernama sebagai wartawan pada 1990.

Berpengalaman luas dan pernah menggalas tanggungjawab penting di antaranya sebagai Ketua Biro, Ketua Program BERNAMA TV, Eksekutif Editor dan Ketua Penyiaran (TV dan Radio) sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarang Perniagaan dan Kewangan. – Malaysiapost

Kredit Foto: Sinar Harian

Komen