Budak lelaki ditemui lemas di Sungai Plentong

Budak lelaki ditemui lemas di Sungai Plentong

KANAK-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Taman Plentong, Masai, Johor, petang kelmarin, ditemukan lemas di Sungai Plentong, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata terdahulu ibu mangsa berusia 40 tahun telah membuat laporan polis pada jam 6.49 petang, semalam bagi memaklumkan mengenai kehilangan anaknya.

“Menurut ibu mangsa, anak lelakinya itu keluar rumah pada jam kira-kira 3 petang pada 29 Julai 2022 dan sehingga jam 9 malam hari yang sama mangsa didapati masih belum pulang ke rumah.

“Wanita berkenaan kemudian tampil membuat laporan polis dan siasatan diklasifikasi sebagai kes orang hilang (OH),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata, pada jam 11.30 pagi ini, maklumat penemuan mangsa ditemui mati lemas di Sungai Plentong diterima oleh Balai Polis Plentong.

“Maklumat itu daripada seorang lelaki tempatan berumur 39 tahun.

“Siasatan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Mayat mangsa dirujuk jabatan forensik Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat,” katanya. – Malaysiapost

Kredit foto: Astro Awani

Komen