Hadiah insentif wang tunai buat Aniq, Shah Firdaus – MB Johor

Hadiah insentif wang tunai buat Aniq, Shah Firdaus – MB Johor

INSENTIF wang tunai akan diberikan kepada dua atlet kelahiran Johor yang menyumbang pingat pada temasya Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata atlet angkat berat, Mohamad Aniq Kasdan, akan menerima RM10,000 manakala atlet berbasikal, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, bakal menerima RM6,000.

“Sebagai tanda penghargaan kepada kejayaan Mohamad Aniq Kasdan, yang meraih pingat emas dan Muhammad Shah Firdaus, meraih gangsa dalam Sukan Komanwel, Kerajaan Johor akan menghadiahkan insentif wang tunai berkenaan.

“Kejayaan dua atlet berkenaan memberi inspirasi sekali gus mengharumkan nama negara dan negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Mohamad Aniq apabila meraih emas pertama buat negara menerusi acara angkat berat pada temasya Sukan Komanwel 2022 di National Exhibition Center (NEC), Birmingham, bagi kategori 55 kilogram (kg).

Dalam pada itu, Muhammad Shah Firdaus meraih gangsa dilaporkan mengakhiri penantian selama lapan tahun pelumba berbasikal trek negara untuk memenangi pingat acara keirin pada temasya Sukan Komanwel. – Malaysiapost

Komen