Kes 1MDB: Mohamed Apandi dipanggil rakam keterangan esok

Kes 1MDB: Mohamed Apandi dipanggil rakam keterangan esok

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan dipanggil esok, bagi dirakam keterangan berkaitan kes melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (SUPM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

“PDRM akan merekod keterangan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 1 Ogos 2022 (Isnin) jam 2.30 petang.

“Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 217 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Jumaat lalu, polis memaklumkan membuka kertas siasatan berhubung laporan dibuat Ahli Parlimen Klang Charles Santiago terhadap Apandi yang mendakwa bekas Peguam Negara itu menyalahguna kuasanya untuk menutup siasatan skandal tersebut dengan niat membersihkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Malaysiapost

Komen