Ada scammer guna gambar Ainul Mardhiah kutip sumbangan palsu

Ada scammer guna gambar Ainul Mardhiah kutip sumbangan palsu

IBU kepada Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kanak-kanak yang pernah menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor kesal apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar anaknya mengutip wang sumbangan di media sosial.

Perkara itu dimaklumkan Nurul Erwani Zaidi menerusi hantaran di Instagram miliknya, sebentar tadi.

“Yang mana ada jumpa scammer guna gambar Ainul untuk kaut duit, tolong share (kongsikan) pada saya.

“Saya akan terus uar-uarkan pada akaun saya untuk tak nak orang ramai tertipu dengan mereka. Melampau betul mereka ini.

“Buat kerja dan ambil kesempatan atas orang lain. Orang Islam kan, cuba cari rezeki yang halal. Geram ni!,” tulisnya.

Nurul Erwani turut membuat memuat naik gambar tangkap layar akaun Facebook menggunakan nama Jamilah Firdaus didakwa cuba menipu orang ramai berkaitan situasi terkini kesihatan Ainul Mardhiah.

Dalam masa sama, Nurul Erwani tidak akan teragak-agak mengambil tindakan lanjut kepada individu yang menipu menggunakan gambar anaknya.

Semalam, Nurul Erwani menerusi Instagram memaklumkan Ainul Mardhiah kini sedang tenat dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Nurul Erwani berkata, anaknya mula menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit sebelum dikejarkan ke hospital menaiki ambulans.

Keadaan Ainul Madhiah semakin baik apabila sudah dibenarkan minum susu, pagi ini. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

Komen