RUU Kawalan Tembakau dirujuk kepada JPK Parlimen

RUU Kawalan Tembakau dirujuk kepada JPK Parlimen

RANG Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 diluluskan untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen.

Perkara itu diputuskan dan diluluskan Dewan Rakyat hari ini selepas usulnya dibahas Ahli-Ahli Parlimen dan seterusnya digulung oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Khairy (BN-Rembau) turut mengumumkan 13 Ahli Parlimen akan menganggotai JPK Parlimen berkenaan yang akan dipengerusikannya.

Menurutnya, JPK berkenaan dianggotai oleh enam Ahli Parlimen blok kerajaan dan enam Ahli Parlimen pembangkang.

Di blok kerajaan ia dianggotai Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Umno), Datuk Seri Mohd Nizar Zakaria (Umno), Datuk Seri Azalina Othman Said (Umno), Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Bersatu), Ahmad Fadhil Shaari (Pas) dan Lukanisman Awang Sauni (GPS).

Sementara wakil Ahli Parlimen adalah Dr Kelvin Yii Lee Wuen (DAP), Sivarasah Rasiah (PKR), Datuk Seri Dzulkifli Ahmad (Amanah), Datuk Seri Madius Tangau (UPKO), Datuk Darrell Liking (Warisan) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang). – Malaysiapost

Komen