Kenapa tiba-tiba muncul semula perayaan Oktoberfest?

Kenapa tiba-tiba muncul semula perayaan Oktoberfest?

Razlan Rafii

TERINGAT pada tahun 2014, DAP perjuangkan perayaan ini dan mengajurkan Minum Arak Besar-besaran di khalayak ramai di Selangor. Ketika itu mereka baru mendapat kuasa di Selangor.

Itu sebab DAP selalu bela orang mabuk yang bunuh orang tak bersalah di jalan raya.

Walaupun sekian lama orang Malaysia yang suka minum arak menyambut oktoberfest di kelab-kelab malam, nanum ia bukanlah satu budaya barat yang baik untuk rakyat Tanah Melayu yang mengamalkan adat ketimuran.

Oktoberfest ini budaya Babarian yang diamalkan di Jerman dan bukan pun ada kaitan dengan Kaum Cina mahupun kaum-kaum lain di Malaysia. Kenapa perlu kita rakyat Malaysia menyambutnya?

Kepada yang mengemari minum arak, buatlah sesuka hati di premis yang telah diberi lesen, sambutlah di premis yang telah diberi kebenaran, kenapa perlu minum arak di khalayak ramai.

Dunia sedang berusaha mengamalkan kehidupan sihat, rokok pun cuba dikurangkan dengan pelbagai sekatan, kenapa pula di Malaysia, undang-undang minum arak secara terbuka ini nak dijadikan budaya pula, kecualilah DAP mahu membenarkan rakyat Malaysia minum arak secara terbuka.

Politik muslihat DAP yang mahu menunjukkan kepada bangsa Cina terhadap kebebasan ini sudah lama dilakukan, DAP cuba untuk menunjukkan kononnya orang Cina dilarang minum arak dan perlu diberikan kebebasan, tujuannya untuk menaikkan kemarahan dan sentimen perkauman terhadap pemerintahan dan larangan dalam Islam. Itulah tunjuan sebenarnya.

Semasa 22 bulan memerintah, DAP juga tidak menyambutnya seperti mana mereka sambut semasa tahun 2014, kerana apa tidak ada sambutan semasa mereka memerintah? Hari ini DAP membangkitkan semata-mata PRU sudah hampir.

Dalam dunia baru ini, budaya memainkan sentimen ini akan ditolak, kaum Cina juga sudah matang dan pandai untuk menilai antara sentimen yang mahu membangkitkan kemarahan mereka tanpa ada asas.

Ramai orang tanya saya, kenapa marah dengan DAP. Sebab di ataslah menjadi antara punca kenapa DAP tidak seharusnya disokong oleh mana-mana kaum di Malaysia.
.
Penulis ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno
(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Malaysiapost)

Komen