Ebit bantu 2 beradik tinggal bawah jabatan

Ebit bantu 2 beradik tinggal bawah jabatan

PENDAKWAH bebas Ebit Lew bertindak segera membantu dua beradik lelaki yang dilaporkan sudah dua bulan tinggal di bawah sebuah jambatan di Bachok, Kelantan.

Sejurus mendapat maklumat mengenai keadaan adik-beradik berkenaan jam 12 tengah malam tadi, Ebit terus mengarahkan pasukannya ke Kelantan untuk memberi bantuan.

Beliau kemudian turut menyusul dengan menaiki penerbangan ke Kelantan pagi tadi.

“Saya ‘fly’ pagi ni ke Kelantan ziarah dua beradik yang dah dua bulan duduk bawah jambatan. Makan, tidur semuanya di bawah jambatan di Bachok.

“Seorang adik jaga abangnya yang alami tekanan dan gangguan emosi. Kasihan tengok mereka. Menangis melihat anak muda ditimpa ujian begini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Ebit berkata, beliau hadir melihat keadaan dua beradik berkenaan bersama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

“Termenung diam je abangnya. Berat ujian adik ni. Kadang kita tak terfikir kenapa tidur bawah jambatan. Banyak nyamuk dan ular katanya. Adik ni tak sabar nak bekerja cuma mengenangkan abangnya. Abang ni dibawa dapatkan rawatan,” katanya.

Beliau mendoakan dua beradik berkenaan diberi sihat dan kekuatan dalam meneruskan kehidupan dan melalui ujian dihadapi dengan sabar. – Malaysiapost

Komen