Ketua Polis Perak bersara esok

Ketua Polis Perak bersara esok

KETUA Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid akan bersara wajib bermula esok selepas 39 tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jawatan berkenaan kini disandang oleh Timbalannya Datuk Azizi Mat Aris yang menerima serahan tugas dalam Majlis Serah Terima Tugas di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak, hari ini.

Polis Perak dalam satu kenyataan di laman Facebook, memaklumkan majlis berkenaan disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

“Ketua Polis Perak akan bersara wajib pada 5 Ogos 2022 setelah menabur bakti dalam pasukan PDRM selama 39 tahun.

“Turut diadakan Majlis Serah Menyerah Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Perak diantara Datin Nor Qhadhijah Abdul Wahab dan Datin Wanita Wari, Pemangku Pengerusi PERKEP PDRM Perak.

“Majlis serah menyerah ini telah disaksikan oleh Puan Sri Zainah Othman, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Hadir sama dalam majlis berkenaan Ketua-ketua Jabatan PDRM Perak, Ketua-ketua Polis Daerah, pegawai-pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis, pegawai-pegawai awam dan ahli-ahli PERKEP. – Malaysiapost

Komen