Noh, Mizz Nina bercerai?

Noh, Mizz Nina bercerai?

PASANGAN selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Kuala Lumpur semalam.

Menurut laporan Harian Metro yang memetik sumber berkata, pasangan itu terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama.

Difahamkan, perceraian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Sementara itu, cubaan mendapatkan kenyataan daripada Mizz Nina tidak berjaya apabila mesej dihantar tidak berbalas.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter @thentang membuat ciapan berkenaan perkara itu yang kemudiannya memetik nama penyanyi kumpulan Hujan itu selepas ditanya pengguna lain.

“Makin takut nak kahwin bila dengar orang cerai-berai ni. Hari ini (semalam) pasangan selebriti yang punyalah baik depan media bercerai pula pagi tadi dekat Mahkamah Gombak Timur. Tapi berita tak ‘cover’ pula,” tulisnya.

Sebelum ini, media melaporkan Noh, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh menafikan mengenai desas-desus keretakan rumah tangganya yang bertebaran di media sosial pada 13 Julai lalu.

“Entahlah, tiada komen. Korang semua kena tipu…good luck (selamat berjaya),” katanya.

Kemudian, beberapa hari selepas itu Mizz Nina, 42, atau nama sebenarnya Shazrina Azman memuat naik hantaran di Instagram yang seolah-olah memberi bayangan dia sedang melalui saat-saat sukar hingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Masih mengunci mulut mengenai dakwaan rumahtangganya dengan Noh, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan mendoakan yang terbaik buat Mizz Nina.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka. – Malaysiapost

Komen