IG Mizz Nina dibanjiri doa rakan-rakan artis

IG Mizz Nina dibanjiri doa rakan-rakan artis

BERITA pasangan selebriti terkenal Mizz Nina dan Noh Salleh yang sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, semalam mengejutkan ramai pihak terutama kalangan rakan-rakan artis.

Semakan Malaysiapost di media sosial, ruangan komen Instagram milik Mizz Nina dibanjiri kata-kata semangat dan doa daripada teman-teman artis untuk pasangan itu dan anak angkat mereka, Baby Musa.

Lebih menyedihkan apabila penyanyi dengan jolokan nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan doa “semoga Allah menjagamu” buat Mizz Nina.

“Semoga Allah SWT permudah segala urusan untuk kamu berdua dan anak,” doa daripada Nur Fazura.

“Dengan kesukaran akan datang kemudahan berganda. Cinta dan kasih saya untuk kamu,” kata Ummi Nazeera.

“Saya sayang awak. Peluk..,” ujar Shila Amzah.

Sementara itu, usahawan muda Vivy Yusof mendoakan Mizz Nina terus kuat dan bersangka baik dengan ujian yang berlaku ketika ini.

“Saya doakan kamu berdua dan baby. Semoga kamu diberi kekuatan untuk lalui semua perkara, Allah Maha Mengetahui,” ujar Vivy.

Mizz Nina dan Noh yang juga vokalis kumpulan Hujan berkongsi berita perpisahan secara serentak menerusi laman Instagram masing-masing, semalam.

Bagaimanapun, Noh, 37 dan Mizz Nina, 42, memaklumkan walaupun perkahwinan berakhir dengan perpisahan namun mereka tetap berkawan mendoakan yang terbaik untuk satu sama lain.

Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh dan Mizz Nina yang nama sebenarnya Shazrina Azman mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011.

Pasangan berkenaan mengambil anak angkat, Baby Musa pada Mac lalu. – Malaysiapost

Komen