Komanwel 2022: Bonnie sumbang emas keempat buat Malaysia

Komanwel 2022: Bonnie sumbang emas keempat buat Malaysia

ATLET powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menepati ramalan apabila memenangi pingat emas acara powerlifting kategori lightweight pada Sukan Komanwel Birmingham 2022, awal pagi tadi.

Pencapaian tersebut sekali gus menambah pingat emas negara kepada empat, hanya kurang dua daripada enam yang disasarkan kontinjen negara.

Ia juga menambah koleksi pingat kejuaraan Bonnie yang sebelum ini bergelar juara dunia sebanyak dua kali iaitu 2019 dan 2021.

Bonnie sebelum ini adalah juara powelifting pada temasya Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo.

Pada saingan final sebentar tadi, Bonnie turut mencipta rekod temasya apabila mengumpul 154.6 mata selepas melakukan angkatan 210 kilogram (kg) pada sesi pertama, 216kg (kedua) dan 220kg (ketiga).

Pingat perak dimenangi wakil tuan rumah, England menerusi Mark Swan yang mengumpulkan 147.6 mata dan gangsa milik Innocent Nnmandi (145.5 mata). – Malaysiapost

Komen