Malaysia raih perak terjun seirama lelaki

Malaysia raih perak terjun seirama lelaki

GABRIEL Gilbert Daim dan Mohd Syafiq Puteh meraih pingat perak menerusi acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki dalam saingan Sukan Komanwel Birmingham, hari ini. 

Dua penerjun itu memberikan persembahan yang baik dalam dua terjunan terakhir meraih pungutan mata 67.50 dan 66.60 sekali gus mengumpul 376.77 mata untuk menduduki tempat kedua. 

Ia merupakan pingat pertama dalam acara terjun yang dimenangi Malaysia dalam kategori lelaki sejak Ooi Tze Liang meraih emas dalam acara 3m papan anjal individu lelaki pada Sukan Glasgow 2014.

Dalam pada itu, Tze Liang-Chew Yi Wei menduduki tempat kelima dalam perlawanan akhir.

Tze Liang-Yiwei berada di kedudukan pingat perak dengan dua terjunan berbaki tetapi harapan pingat mereka lebur selepas hanya menjaringkan 40.59 mata untuk terjunan keempat mereka.

Pasangan itu akhirnya berakhir dengan 366.09 mata.

Anthony Harding dan Jack Laugher mendahului dari awal hingga tamat untuk meraih emas ketiga untuk England dalam pertandingan terjun dengan 438.33 mata.

Atlet Australia Li Shixin-Samuel Fricker meraih gangsa dengan 374.52 mata. – Malaysiapost

Komen