PN ancam tarik diri, Najib kata ‘butang kan ada’

PN ancam tarik diri, Najib kata ‘butang kan ada’

DATUK Seri Najib Razak seakan mencabar Perikatan Nasional (PN) segera menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ia susulan laporan bahawa PN mungkin menarik diri daripada kerajaan sebagai protes terhadap keengganan Perdana Menteri memenuhi perjanjian bagi melantik Timbalan Perdana Menteri daripada Bersatu.

“Butang kan ada?,” kata bekas Perdana Menteri itu ringkas menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu media melaporkan kekecewaan dalam kepimpinan PN dilapor mencapai titik kemuncak selepas pertemuan dengan Ismail Sabri yang dijadualkan jam 2.30 petang semalam tiba-tiba dibatalkan malam sebelumnya oleh Pejabat Perdana Menteri.

Menurut The Star yang memetik sumber dari Bersatu, pertemuan itu akan menjadi usaha terakhir untuk menekan Perdana Menteri berhubung memorandum perjanjian (MOA) antara Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri sebelum penyerahan jawatan Perdana Menteri, Ogos tahun lalu.

Keputusan menghantar delegasi pemimpin tertinggi untuk bertemu Perdana Menteri dibuat pada mesyuarat PN minggu lalu.

Delegasi itu membabitkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin and Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada Bersatu selain Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar daripada PAS. – Malaysiapost

Komen