Rider Grab tak jadi boikot

Rider Grab tak jadi boikot

RIDER penghantar makanan Grab tidak jadi melakukan mogok atau boikot daripada melaksanakan tugas penghantaran makanan kepada pelanggan hari ini.

Tinjauan Malaysiapost di Kompleks Sunway Pyramid, Bandar Sunway pada jam 4 petang tadi mendapati tidak berlaku himpunan protes rider Grab.

Malah, ada rider Grab yang ditemui apabila ditanya mengenai perkara itu tidak tahu langsung program protes tersebut.

Seorang rider yang dikenali sebagai Ali berkata, dia tidak menyokong program ini dianjurkan kerana ianya merugikan rider itu sendiri.

“Saya tak menyokong. Orang dah beri kita kerja, jadi kita kerja lah. Bila tak ada kerja, mengeluh, susah. Jadi dengan rezeki yang ada ini kita pulun lah. Kena sabar dan tabah.

“Saya ke sini kerana nak pikap food di sini. Saya kerja seperti biasa. Ini pun dah tiga trip saya dapat dalam sejam ni. Buat apa kita boikot macam ni, yang rugi kita. Boleh guna saluran yang betul untuk ada rasa tak puas hati kita,” katanya.

Terdahulu, satu poster tersebar di media sosial yang mendakwa himpunan Rider Grab akan diadakan pada jam 4 petang hari ini.

Selain Sunway Pyramid beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang telah dipilih menjadi lokasi rider Grab berhimpun melakukan protes terhadap majikan mereka.

Semalam, Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) menyokong cadangan satu hari ‘offline’ pada esok bagi semua penghantar syarikat penyedia perkhidmatan GrabFood

Penghantar berkata, pihaknya memahami situasi semasa di mana kadar bayaran perkhidmatan penghantaran pesanan yang semakin rendah dan secara langsung menjejaskan pendapatan serta kos perlu ditanggung mereka. – Malaysiapost

Komen