Nurul Izzah kembali bergelar isteri

Nurul Izzah kembali bergelar isteri

NURUL Izzah Anwar kembali sah bergelar isteri apabila selamat diijabkabulkan dengan seorang lelaki bernama Yin Shao Loong.

Naib Presiden PKR itu telah berkongsi berita gembira itu di laman Facebook miliknya tengah malam tadi yang menjelaskan, majlis pernikahan beliau dengan penyelidik di Khazanah Research Institute itu telah berlangsung pada petang semalam. 

“Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat. 

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar-Rum: 21).

“Kami memohon doa kalian semua, agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” katanya. 

Nurul Izzah, 42, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini pernah mendiri rumah tangga dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada 2002 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. 

Namun jodoh perkahwinan mereka tidak panjang dan mengambil keputusan bercerai pada 2015. 

Shao Loong pula pernah berkhidmat pengarah eksekutif badan permikir PKR, Institut Rakyat yang diketuai Nurul Izzah. -Malaysiapost

Komen