Sukan Komanwel Birmingham 2022: Malaysia raih satu lagi pingat perak

Sukan Komanwel Birmingham 2022: Malaysia raih satu lagi pingat perak

PASUKAN boling padang Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas trio wanita negara tumpas 9-17 kepada tuan rumah England pada aksi final acara triples wanita di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Victoria Park, awal pagi tadi.

Gandingan Nur Ain Nabilah Tarmizi, Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman dan Azlina Arshad memberi tentangan sengit di awal permainan.

Bagaimanapun pasukan England, dibarisi Jamie Lea Winch, Natalie Chestney, Sian Honnor, berjaya menguasai perlawanan dan menjarakkan mata sekaligus mengesahkan ingat emas pada ‘End’ yang ke-17.

Pencapaian trio negara itu sekali gus menyaksikan skuad boling padang kebangsaan setakat ini meraih satu pingat perak dan satu gangsa.

Secara keseluruhan kontinjen negara kini mengumpul 11 pingat di Sukan Komanwel Birmingham 2022 membabitkan empat pingat emas, empat perak dan tiga gangsa. – Malaysiapost

Komen