‘Terima kasih untuk kasih sayang, doa dan sokongan’ – Mizz Nina

‘Terima kasih untuk kasih sayang, doa dan sokongan’ – Mizz Nina

SELEBRITI Mizz Nina mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan memberi sokongan susulan perceraiannya dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.

Ucapan itu dititipkan di InstaStory, susulan laman sosialnya itu dibanjiri dengan komen-komen sokongan dan doa daripada rakan-rakan artis serta peminat yang prihatin terhadap dirinya, Noh, dan Baby Musa.

“Untuk semua kasih sayang, doa dan sokongan buat Noh, Musa dan saya (disertakan emoji bentuk hati),” tulisnya.

Perkongsian tersebut merupakan hantaran terkini Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 42 selepas membuat pengumuman tentang perceraiannya bersama Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 37, kelmarin.

Dalam sama sama, Mizz Nina turut berkongsi petikan daripada aplikasi Qalby yang mengandungi pesanan mengenai ujian dan perasaan putus asa.

“Ujian kadang membuat kita putus asa dan suatu hal, dan kadang justeru membuat kita bangkit dari kegagalan dan keterpurukan.

“Yang penting adalah bagaimana kita menyingkapi hal tersebut. Jangan lupa melibatkan Allah dan ingat yang menimpa kita di situlah akan muncul kemudahan-kemudahan untuk kita,” kongsinya.

Mizz Nina dan Noh yang telah berkahwin selama 11 tahun itu mengumumkan perpisahan mereka selepas sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, kelmarin.

Sebelum ini, Noh menyangkal dakwaan perkahwinannya bersama Mizz Nina berdepan masalah ketika ditemui media pada 13 Julai lalu.

Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan pasangan berkenaan mengambil anak angkat, Baby Musa pada Mac lalu. – Malaysiapost

Komen